So kat sini aku nak citer bahawa aku buat dua-dua - kurangkan kalori dan jugak kurangkan karbohidrat.. tapi tak sume karbohidrat .. aku cuma mengurangkan karbohidrat yang berwarna putih atau pun karbohidrat yang mempunyai "Indeks Glycemic (glaikemik dlm BM) yg tinggi.
Sebenarnya agak kompleks jugak kalau baca pd penerangan tapi aku akan cuba buat semudah yg mungkin.
Karbohidrat ni luas.. antaranya
1. Kanji - nasi, gandum, barli, dal, kacang hitam, kentang, keledek, keladi dll
2. Gula
3. Fiber - fiber merupakan karbohidrat yg tidak boleh hadam, maknanya takkan masuk dalam badan kita yang takkan memberi kesan langsung paras gula dalam badan.
Kita kena amik karbohidrat setiap hari tapi dinasihatkan kita pilih karbohidrat yg ada indeks glycemic (GI) yg rendah dan kurangkan atau jgn amik makanan yg ada GI yang tinggi.
Karbohidrat GI tinggi ni kalau nak tenguk leceh satu persatu.. aku amik makanan harian kitalah.. senang citer.. makanan yg putih-putih ni.. nasi putih, tepung putih, gula dan mende yg diproses dari mende putih ni.. cam mi kuning, kue tiow, segala jenis roti yg dibuat dari tepung putih.. roti canai, roti putih.. kentang pun termasuk gak
Kenapa tak boleh amik karbo GI tinggi??
sebabnya..
Bayangkan dalam perut kita tu ada dua paip.. satu kecik satu besar.. Yang kecik utk masukkan makanan sikit sikit pelan-pelan jadi tenaga dan jugak makanan GI rendah manakala yg paip besar tu hanya utk karbo GI tinggi.
Bila kita makan karbo GI tinggi, badan kita cakap
cepat-cepat makanan GI tinggi dah sampai .. cepat sumbat dalam paip besar ni..yg ni senang sikit paip dia besar... tu susah banyak kali nak pusing baru hadam pastu masuk paip kecik lak... yg nilah kita proses dulu utk tuan kita pakai...cepat jadikan glukos masukkan dalam darah... cepat cepat jadikan gula glukos
Makanan mcm protin. lemak, fibre sumenya badan kita hadam lambat2.. tapi makanan tinggi GI ni yg dipilih.
Bila dah jadi glukos.. badan kita pulak kerah glukos
moh moh masuk dalam salur darah ni cepat kat mana nak dok lagik kalau bukan salur darah takkan nak buang lak.
Masuk aje glukos dalam darah otak pun cakap
Alamak dah sampai dah glukos.. nak guna jadi tenaga ni kena kuarkan insulin.tak leh simpan lelama nanti darah tinggi glukos ni bahaya...
Cik kak bernama Insulin ni adalah hormon yg kejanya amik glukos dalam darah masukkan dalam sel utk jadikan tenaga.
Cik Insulin ni tenguk banyaknya glukos nak jadi tenaga tapi tuan dia ni guna sikit je tenaga..takat duduk atas sofa banyak manalah tenaga nak guna.. ni.. Cik Insulin ni fikir
camana le aku nak tukar glukos ni lagik, tenaga bukan boleh simpan.. glukos banyak lagik.. takpelah aku tenguk stor otot ngan stor hati (liver) ni ada tak kosong?
Cik Insulin ni pi tenguk stor ni... letak sikit2 dah penuh, garu kepala lak Cik Insulin ni nak letak kat mana pulak glukos yg ada ni. kalau le tuan dia tiba-tiba gi jogging ke.. pi membanting padi kat sawah ke.. pi noreh ke.. boleh jugak dia jadikan tenaga.. nak tak nak fikir punya fikir ..
nak buang tak boleh.. nak simpan stor dua tu dah penuh... hah!!! stor lemak kan ada.. meh aku tukar jadi lemak and simpan glukos ni jadi lemak, mana ler tau nanti senang kuarkan bila nak pakai tenaga.
Cik insulin ni pun sumbat le dalam sel lemak.. sel lemakkan mcm getah boleh kembang n kembang n kembang n kembang maka .. makin kembang makin kembang mcm kembangnya badan kita.

Carta tunjuk beberapa minit kenaikan paras glukos dalam darah perbandingan karbo GI rendah ngan GI tinggi
Itu baru karbohidrat yg badan kita hadam belum lagik protin dan lemak.. kalau masa tu kita masih lagik lepak2 dan banyak lagik yg kita makan.. senang aje sume badan kita stor dalam sel lemak.
Itu lah kejadiannya kalau kita makan karbohidrat GI tinggi sebab kalau GI rendah atau protin dan lemak..dia akan putar-putar dan masuk dalam paip kecik dan pelan-pelan tukar pd tenaga.. dan sebab tenaga yg kita pakai pun tak banyak sebab dok depan komputer maka tak pelah dia jalan pelan2 sepanjang kali tenaga masuk sikit sikit..
Tak le berlebihan dalam satu2 masa sampai kena simpan dalam stor lemak.
Itulah sebabnya kalau orang yang dietnya tak makan nasi putih... berat badan dia senang aje turun dan bila dia mula makan badan dia cepat aje naik.. sebab kecekapan cik insulin... dan bila dah banyak sgt glukos.. cik Insulin tu penat.. banyak keja dari muda sampai ke tua sampai jadi bengong pastu biol lepas tu giler maka itulah yg buatkan tuan badan kena diabetik/kencing manis.
Mula2 Cik Insulin tu boleh keja tapi kena lah ada suplement supaya dia ada tenaga.. masa ni kita cuma makan ubat kawal kencing manis..bila dah Cik Insulin tu dah tak larat dah dan takleh pakai dah atau jadi giler tak berfungsi.. maka kita kena impot Cik Insulin luar yg bekerja.. tu sebablah kalau org yg kencing manisnya dah teruk kena suntik Cik Insulin lain dalam badan. Cik Insulin sendiri dah jadi giler disebabkan masa muda dulu kita tak jaga dia.. asyik suruh dia keja aje sampai dia jadi biol n tak siuman.
Maka pada yg muda yg belum kena kencing manis.. jagalah Cik Insulin dalam badan tu ngan betul supaya dia tak delah banyak keja, jangan makan makanan tinggi G dan manis2 sebab nanti Cik Insulin tu penat. Nanti dalam darah banyak glukos/gula Cik Insulin yg dah penat buat donno aje..
gasak kau lah.. aku dah penat..
katanya.. terus mogok.. bila darah banyak gula, bila luka .. luka tu tak nak le baik-baik.. bila dah tak nak baik jadi daging busuk.. doktor kata
potong ajelah.. simpan pun dah busuk.. nanti melarat.. potong-potong
masa tu menyesal pun tak guna.
Nota : aku amik dr sini pasal Karbo GI ni

Ini senarai sume karbo.. click utk besarkan

Ini senarai karbo GI rendah
ANALOGI
psst bayangkan cam belon yg kita tadah air paip dan kita lubangkan di bawah belon tu untuk kuarkan air.. bayangkan belon tu badan kita.. air yg masuk dr paip adalah makanan yg masuk badan kita manakala lubang di bawah belon tu adalah tenaga yg keluar.
Cuba buka paip air besar utk makanan GI tnggi masuk laju aje ... lubang yg kuar air halus aje kalau kita tak aktif.. tak senam.. dok depan TV/komputer..
Bayangkan apa jadi pd belon tu bila air masuk banyak yg kuar sikit.. tak ke belon tu makin besar makin kembong.. mcm.. le badan kita jugak makin kembang makin kembang
Cuba buka paip kecik utk makanan GI rendah/protin/fiber.. air yg turun halus aje.. dan kalau kita tak aktif .. pun ok jugak le sebab yg masuk selari denagn yg keluar
Belon tu besar le jugak tapi tak le mendadak naik kembongnya tapi kalau kita makan sikit maka tak alh naik..
Cuba agaknya kita besarkan lubang di bawah belon tu.. untuk menunjukkan tenaga yg kuar banyak dan kita aktif bersenam membanting tulang.. maka takkan mungkin belon tu akan mengembong dan kembang walaupun air dr paip laju.. apatah lagik kalau air paip tu slow.. lagi slim belon tu .
Salam Sya,
ReplyDeleteHari ni baru masuk blog Sya ni...terima kasih atas penerangan yang panjang lagi lebau! jenuh jugak nak memahamkannya...macam baca buku time nak peksa pulak ha!...ha!....insyaallah, apa yang Sya tulis ni boleh jadi satu panduan & pendoman. La ni bila makan, berhati-hati je, do ingat carbo saja...tak pelah pelan-pelan cuba kurangkan.Dah berjaya paksa diri minum air kosong 3 litre sehari...yeyeyeyeyeey!! :-)
Kak Yan
ReplyDeleteSaya cuba nak terangkan semudah2nya.. susah jugak kan
sya seksakan nak kurus ni, saya ada selalu bermasaalah dengan diet ni. saya pernah turun 20 kilos and gained back gilakan. adik saya ambikjalan senang sya, di buat gastro operation di hospital pakar damansara harganya memula dia buat rm18,000.00 lepas tu ada masaalah balik semula ke hospital tersebut dan kena charge lagi rm 20,000.00 tapi berbaloi dari 72 kilos dia turun ke 46 kilos. satu je saya tak suka tentang operation ni iaitu lengan tanggan nampak mengeleber dan leher macam orang dah berumur 50 tahun kendur sikit. tapi kalau saya duit sebanyak tu saya lebih rela buat benda yang lagi berfaedah. dia lainlah kawin dengan anak orang kaya.
ReplyDeleteSharifah Rosidah
ReplyDeleteSebenarnya tiada jalan mudah utk kurus, kecuali kalau kita banyak duit lah like ur sis, itupun kena disertai dgn exercise utk ketatkan otot2 yg geleber tu tapi kalau ada duit buatlah tuck2 yg geleber tu.
Apapun perubahan utk kurus bukan perubahan utk kurangkan berat badan.. tetapi perubahan gaya hidup sepenuhnya yg bakal kita ikuti hinggalah ke mati.
Sebab bila kita kurus kita kena makan lebih kurang dr yg biasa sebabnya kalori yg kita perlukan lebih rendah.
Nanti lah ada masa sya buat posting pasal ni nanti