Wednesday, February 9, 2011

NO. 6 : REWARD YOURSELF

Semalam kan aku buat posting pasal aku lunch masak pindang ... rupanya aku tak lunch masak pindang sebab tetiba Dato' chairman ajak lunch kat cafe beriani kat bawah.. memula aku tolak but Dato' insisted .. katanya
makanan bawak dr rumah nanti bawak balik ke rumah

nak tak nak ikut le jugak.. (lagipun rezeki jgn ditolak kan kan kan?)

masa pegi tu otak aku bergolak sebab sebab cafe ni jual nasi beriani.. so mesti banyak minyak and aku lak tak le nak sgt makan beriani..

so whats my choice???

Alhamdullilah.. ada shish kebab ayam yg dihidangkan bersama nasi/roti manakala sampingan ada salad n coleslaw.. so aku order sume tu tanpa nasi or roti




Sebatang sish kebab tu kalori approx 130 and coleslaw n salad tu rasanya about 150 and ice lemon tea 1/2 glass approx 50 .. so smlm lunch 330.






Aku minum half ice lemon tea yg dtg bersama kebab tu dan selebihnya teh padang (teh O tanpa gula)


Bila nak bayar the lady tu tanya

ini aje?

Dato' lak tanya

cukup ke? nak beli kuih bawak balik ke pejabat ke...

Since aku jimat kalori on lunch maka aku dapat makan chocolate kit kat sebelah (55 kalori) n 6 biji M&M peanut (62 kalori) yg dibawa oleh boss yg baru balik dr NY, US.


Moralnya...

"ingin menjadi sihat memerlukan kita membuat pilihan yang bijak dan menerima teguran atas cara kita yg lain dr yg lain dengan hati yg terbuka.. jgn pedulikan apa org kata pandangan orang sbb yg sakit nanti kita bukan mereka"

So if kita dah berjaya kawal diri kita.. apa salahnya kita reward diri kita with something yg kita suka.. tapi berpada2lah.

4 comments:

  1. Salam Sya,

    Kak Yan pun ke arah nak memilih makanan kesihatan...setelah baca entry Sya rasa teruja semacam. Nak lawa tu tolak tepi dulu yang penting kesihatan, maklum le kita sakit lutut kan?...mana lebih baik, diet mengurangkan kalori atau carb?..Kak Yan dok baca juga blog Adik Dzul tu...cara dia mengurangkan carb.
    Sebaiknya sehari berapa intake kalori yang sesuai???...jawab Sya, jawab!

    ReplyDelete
  2. Kak Yan

    Saya buat kedua2nya.. saya kurangkan kalori dan saya jugak kurangkan karbohidrat putih mcm nasi, tepung dan gula.

    nanti saya buat posting kenapa kita kena kurangkan makan kabohidrat putih ni.

    Sayur-sayuran dan buah-buahan jugak dikira sebagai kabohidrat tapi kedua-duanya ada fibre yg bagus utk kita.

    Apapun sume kena serba sederhana.. protin aje pun tak bagus.. sayur aje pun tak bagus.. jadi kena seimbang.

    Kak Yan kalori intake utk orang lain.. lain banyaknya. Kalau kak yan nak kira kalori intake kak yan click kat link sebelah kanan "berapa kalori sehari utk kita?" kita akan ditanya berat dan tinggi serta aktiviti harian.. pasif ke aktif ke sebab kadar kalori badan kita bergantung kepada aktiviti kita.

    ReplyDelete
  3. kak sya...sangat berguna info yg kak sya kasi.. i like

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak kurus tapi memang senang nak gemuk kan sya! saya berdiet pun salah tak berdiet pun salah.husband suka mengacau diet sayalah dah cakap kita nak kurang kan berat badan masih lagi nak bawak pergi makan2 dah tu makanan arab pulak tu. kita makan sikit dia marah dia kata sibuk nak kurus kan badan kenapa! dia tak kisah gemuk ke kurus ke tapi kita kata kalau gemuk kita selalu sesak nafas maklumlah kita kan ada asthma. susah betul rasa macam nak nangis je huhuhuuu.

    ReplyDelete