Alhamdullilah aku dapat melepasi ujian "balik kampung and kenduri" not dengan jayanya.. naik a few grams (weighing machine kat rumah digital mcm kat bawah ni.). So naik 100 gm pun tertulis...

Weighing machine ni aku amik kat google.. berat yg tertulis kat situ bukan berat aku tetapi berat idaman campur lagik 5-6 kilo.. dan berat skrg hu hu campur lagik psst 20++ :(:( malu nak cakap
Susah jugak nak jaga makan bila kat rumah bapak sebabnya aku suka makan serentak ngan bapak. Bapak pulak jadual dinnernya adalah kol 9 ke atas.. sebab kalau sebelum tu dia tak de selera nak makan. So my dinner time memang go haywire masa kat sana.
Apapun dengan kanaikan sikit tu tidak membuat kan aku kecewa.. tak pe naik sekejap nanti turun balik.. InsyaAllah.
Mulai semalam aku dah mula keja, aku risau bila balik bekerja and stress level senang naik.. stress adalah salah satu punca kenaikan berat badan. Selain dr stress aku jugak risau kalau aku tergoda dan mula makan mcm sebelum sakit dulu. Especially bila beli and makan kat luar.. cara masaknya berbeza dan susah utk portion control.
So selama dua hari ni aku rajinkan diri (note : rajinkan diri sebab kalau ada peluang nak malas ajer) menyediakan sarapan dan makan tengahari yg aku bawa dr rumah.. awal2 sebelum mula keja memang aku dah invest beli bekas makanan yg comel-comel.. and the smallest adalah utk isi 100 gm nasi..
So today's menu..
Breakfast - 2 keping roti, 3 daun salad, 1/2 tomato and 3 hirisan timun dengan sardin n bawang
Lunch - nasi (100 gm), pindang ikan saba mackerel and sawi goreng ngan tofu. (Note : tiap kali aku goreng sayur, aku guna 1 tsp minyak.)

Ini fav food aku ..org Melaka kata "kuah pindang". Tak perlu tumis, rebus-rebus aje sume.. masukkan ikan dan rebus hingga ikan masak. Aku masukkan cili padi supaya pedas (Note : makanan pedas boleh menaikkan metabolisma badan)
harap2 aku dapat bertahan bangun pagi and masak.. dah nak berubah maka cara hidup pun kena berubah.
Salam Sya,
ReplyDeleteSemalam K.Yan dah baca blog Saya Nak Kurus tu...teruja sangat, baca pulak kisah Sya...lagi teruja...pppssstttt.ni nak mula jugak...semalam telah berjaya menogok air kosong sampai 3 litre...ha, ha, satu kejayaan peribadi tuh!...memang K.Yan tak suka minum air kosong...tah macam mana boleh pulak setelah paksa paksakan diri...hari ni, setakat ni dan berjaya minum 1.5 litre....adui! yang tak tahan kena ulang alik ke toilet...sabo je le..Kak Yan anggap saja macam exercise jugak kan????
Kak Yan
ReplyDeleteKe toilet tu kira exercise jugak.. mula2 aje selalu ke toilet tapi ellama nanti body kita boleh adapt.
Kak Yan kalau minuim banyak kita rasa kenyang aje kan
sya..akak juga teringin nak kurus..boleh kata tidak pada nasi..tapi lepas tu ..lapau sangat mula makan merapu..sudahnya makan lebih banyak dari nasi 100gm tu..
ReplyDeleteaduhai..teringin nak kurus..sebab nak kurangkan sakit pada tumit dan lutut..
Kak Erna
ReplyDeleteKita kan dah biasa makan nasi, macam mana kita putuskan nasi sepenuhnya sekali gus. Tak boleh le nanti kita jadi lapar tahap kebulur nanti.
Kita buatlah pelan2 sikit2 ikut kemampuan. Kalau kita bertambah .. jgn bertambah.. kalau biasa s senduk kita letak satu setengah senduk.
Saya pun bukan terus makan 100 gm.. saya slow-slow buat.
Saya makan ngan sudu garfu supaya nasi tu tak habis cepat.. nak nampakkan banyak dlm pinggan saya letak sayur banyak2 pastu saya makan sayur dulu.. ulam-ulam saya kunyah dulu nasi saya masukkan sikit aje dalam sudu.
InsyaAllah boleh... mende ni amik masa 1-2 bulan baru badan kita boleh terima
Alamak... silap
ReplyDeleteKalau biasa 2 senduk.. maka makan 1 1/2 senduk