Ok.. smlm aku terima email dr sorang kawan yg soalannya mcm bentuk interview le pulak.. katanya aku citer pasal latarbelakang aku gemok tapi tak citer camana aku boleh kurangkan 5 kilos dalam masa sebulan lebih ni.. so kat sini aku jawab le soalan-soalan dia. Pada puan S yg bertanya tak pelah kita share utk kebaikan bersama k.
Bila mula dan macamana mula?
Sebenarnya aku tak de tarikh sebenar bila aku mula .. kalau dulu aku ada tarikh. Contohnya nak mulai sekian hari sekian bulan aku nak diet. Tapi kali ni tak.. ia bermula secara perlahan bila aku dok di spital aritu. Bila tak de mende nak baca atau tonton di TV aku mengambil pen dan catit makanan yg aku makan.. bukan takat makanan atau minuman malah kuantiti yg masuk dalam tekak dan perut aku sume aku tulis .. setiap hari..
Bila aku tenguk dan tenung catitan aku tanpa aku perasan bahawa banyaknya makanan yg masuk ke mulut setiap hari tanpa aku sedari esp small2 things mcm kuih seketul, roti sekeping atau gula2 pemanis mulut.
Mulai dr membuat diari makanan membuatkan aku aware apa yg aku makan.
Ubat?
Aku dah tak caya pada ubatan.. segala jamu atau apa aje yg menjanjikan kurang berat badan dalam masa yg singkat. Bear in mind.. BERAT BADAN adalah perkara yg cepat turun akan cepat naik semula.. dan yg dah naik lama takkan dapat turun dengan secepat mungkin.. itu secara sihatnya lah... kalau sakit tak leh makan mcm aku kena denggi aritu memang le turun berat badan maka bila sihat semula .. semuanya balik asal.
Lagipun kebanyakan ubat2 ada "disclaimer" mengatakan perlu senaman ringan kalau nak lebih berkesan.. apapun kalau kita tak penah buat senaman... kita mula senam maka badan akan kurang beratnya.
Cara
1. Mengira kalori yg perlu dikurangkan
Aku kira bahawa dengan berat badan aku.. kalau aku nak maintain tak nak kurus atau tambah gemok perlukan plus minus 1,900 kalori makanan. untuk mengurangkan 1 kilo berat badan maka aku perlu kurangkan 7,700 kalori makanan samada da
lam masa seminggu atau 2 minggu atau sebulan. so katalah aku makan 1,200 kalori sehari. Maka aku akan jimat 700 kalori setiap hari ... ini bermakna dengan mengambil 1,200 kalori makanan tanpa sebarang senaman maka aku akan kurang 1 kilo dalam masa 11 hari dan sebulan dlm lebih kurang 3 kilo. So kalau aku nak lebih turun berat badan maka aku perlu bersenam sebab mengurangkan kalori makan kurang dari 1200 sehari memudaratkan kesihatan tubuh.
Kalau nak cek berapa kalori makanan utk badan dan berapa nak kurangkan klik sini
2. Mengira kalori yg masuk
Susah utk mengira kalori makanan sebab ia bergantung pd tiap masakan, banyak minyak ke. rencah2 yg masuk dan cara penyediaan. Aku cuma amik sebaai guideline aje. Apapun kalori makanan barat mudah diketahui dalam tenet tapi utk makanan Melayu susah sikit.. aku cuma dapat cari di sini sahaja
Apapun pengiraan makanan selalunya mengikut berat.. seperti nasi. Kita hanya dibenarkan makan 150 gram nasi aje sekali makan.. satu portion.. kita selalu ingat 150gm banyak kan? cuba guna penimbang ramuan kuih utk tau berapa banyak 150 gm nasi.. tak sampai sebesar penumbuk pun nasi tu.
Mende alah ni sentiasa ada atas meja makan aku... seriously jgn ketawa ...ok, sebab aku memang menimbang nasi aku supaya tak lebih dr 100 grm atau mi... atau mihun atau apa aje carbohidrat yg masuk sekali makan.
Kalau org kata aku melampau .. gasaklah tapi yg penting dengan adanya mende ni... aku dpt mengawal berat badan aku.
Kalau rajin cubalah masuk kat url mengira kalori makanan di sebelah kanan blog aku and kita akan tahu betapa banyaknya kalori satu2 makanan tu. 1200 kalori tidaklah sebanyak mana...
(bersambung...........)
No comments:
Post a Comment